Amalan-Amalan untuk MEMBUKA PINTU REZEKI

Kongsikan di
1. Banyakkan beristighfar
Kata Nabi Nuh ‘alaihis salam:Aku katakana kepda kaumku”Beristighfarlah kamu kepada Tuhan,sesungguhnya DIA adalah pengampun..Kalau kamu istighfar DIA akan turunkan kepada kamu hujan dan DIA kan membanyakkan harta dan anak pinakmu dan DIA akan menjadikan untuk kamu kebun-kebun dan sungai-sungai”

Dalam sebuah riwayat diceritakan bahawa datang seseorang kepada imam Hasan al-Basri r.a mengadu tentang tanahnya yang tidak subur lalu jawab Hasan al-Basri: “BERISTIGHFARLAH”..

Datang pula yang lain mengadu kemiskinan,jawab beliau: “BERISTIGHFARLAH”.

Datang lagi yang lain minta doa agar direzkikan seorang anak, jawab beliau: “BERISTIGHFARLAH”.

Lalu ditanya Hasan al-Basri mengapa jawapannya semua sama sedangkan didatangkan persoalan yang berbeza. Kata imam Hasan al Basri:“Ini bukanlah pendapatku,inilah yang Nabi Nuh a.s sebut”

2. Doa murah rezeki yang dibacakan oleh Nabi SAW kepada Anas bin Malik RA

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ ووالسع له في داره وَبَارِكْ لَهُ فيما اعطيته واحسن اعماله والغفرله

Maksudnya: Ya Allah,perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya dan luaskanlah rumahnya dan berkatilah apa yg telah engkau kurniakan kepadanya dan perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya…

Berkat doa Nabi s.a.w kepada Anas r.a Allah telah panjangkan umur Anas bin Malik dan kurniakannya anak dan harta yang banyak sebagaimana yang dikatakan oleh Anas r.a sendiri: “Demi Allah,hartaku sangat banyak dan anak cucuku hari ini lebih seratus orang.”
Diriwayatkan Anas dilimpahkan kekayaan,dikurniakan ramai anak ( 120 orang ) dan umurnya ketika wafat 104 tahun(saturiwayat) dan beliau telah meriwayatkan 2200 hadith Nabi SAW.

Lazimi doa ini ketika sujud dan selepas solat dengan bersungguh-sungguh mengharapkan rezeki yang diminta..

3. Selawat Murah Rezeki

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُوَسِّعُ بِهاَ عَلَينَا الأَرْزَاقِ وتحَسِّنُ بِهَا لَناَ الأَخْلاَق
وَعَلَى آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم

Ya.Allah rahmatilah dan kurniakanlah kesejahteraan atas Muhammad rasulullah dan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami dan menjadikan baiknya akhlak kami dan curahkan kesejahteraan atas keluarga dan para sahabatnya
Amalkan selawat ini dengan ikhlas berselawat ke atas Nabi s.a.w..Mudah-mudahan berkat selawat ke atas Nabi ini diluaskan dan dilapangkan rezeki..

4. Ayat Seribu Dinar



Barangsiapa berTAQWA kepada Allah, nescaya Allah akan berikan jalan keluar dari segala masalah Dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq,dari ayat dua dan tiga..

Kaedah beramal:

Amalkan setiap selepas solat subuh..Kalau dapat amalkan setiap kali selepas solat fardu lagilah baik.
loading...

0 Response to "Amalan-Amalan untuk MEMBUKA PINTU REZEKI"

Post a Comment