DOA TIDAK MAKBUL?? Berdoalah pada waktu-waktu MUSTAJAB

Kongsikan di

1. Sepertiga Akhir Malam

“Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga berbaki sepertiga akhir malam, lalu berfirman ; barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya” (Sahih Bukhari)

2. Ketika Berbuka Puasa

“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak” (Sunnan Ibnu Majah. Disahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17)

3. Selepas Solat Fardhu


Dari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam ditanya tentang doa yang paling didengari oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala, baginda Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab.

“Ertinya : Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai shalat fardhu”.
(Sunan At-Tirmidzi. Disahihkan oleh Al-Albani di dalam Sahih Sunan At-Tirmidzi 3/167-168 No. 2782).

4. Pada suatu waktu di hari Jumaat


“Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidaklah bertepatan seorang hamba muslim solat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut” (Sahih Bukhari dan Muslim)

Waktu yang sesaat itu tidak diketahui secara tepat dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-beza, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari 11/203. Dan kemungkinan besar waktu tersebut berada ketika saat imam atau khatib naik ke mimbar sehingga selesai solat Jumaat atau sehingga selesai waktu solat Asar bagi orang yang menunggu solat Maghrib.

5. Terjaga dari tidur pada malam hari dimana sebelum tidur dalam keadaan bersuci


“Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci lalu terbangun pada malam hari kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia atau akhirat melainkan Allah akan mengabulkannya” (Sunnan Ibnu Majah. Disahihkan oleh Al-Mundziri 1/371 No. 595)

6. Di antara azan dan iqamah


“Doa tidak akan ditolak di antara azan dan iqamah” (Sunnan Abu Daud, Sunnan At-Tirmidzi, Sunnan Al-Baihaqi. Disahihkan oleh Al-Albani, kitab Tamamul Minnah hal. 139)

7. Ketika sujud semasa solat

“Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhlah berdoa kerana saat itu sangat tepat untuk dikabulkan” (Sahih Muslim)

8. Ketika Hujan

“Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu azan dan doa ketika waktu hujan”. (Mustadrak Hakim dan disahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114. Disahihkan oleh Al-Albani dalam Sahihul Jami’ No. 3078).

9. Lailatul Qadar
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.

“Ertinya : Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar”. (Al-Qadr : 3-5)

Imam As-Syaukani berkata bahawa kemuliaan Lailatul Qadar mengharuskan doa setiap orang pasti dikabulkan. (Tuhfatud Dzakirin hal. 56)

10. Hari Arafah

“Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah” (Sunnan At-Tirmidzi. Dihasankan oleh Al-Albani dalam Ta’liq alal Misykat 2/797 No. 2598)


(Sumber: shasemahpk88)
loading...

0 Response to "DOA TIDAK MAKBUL?? Berdoalah pada waktu-waktu MUSTAJAB"

Post a Comment