Marigold HL Ditarik Serta Merta kerana ada PENCEMARAN BAKTERIA

Kongsikan di


Malaysia Milk Sdn Bhd menarik balik produk Susu Marigold HL 200ml dan satu liter keluaran syarikat itu daripada pasaran, selepas didapati berlaku pencemaran bakteria.
 
Pengedar susu itu berkata, tindakan itu diambil setelah mereka menerima maklum balas daripada pelanggan bahawa Susu Cokelat Marigold HL lebih pekat daripada biasa sambil menambah syarikat itu telah menyelesaikan isu itu.

Pengurus Besarnya, Poh Eng Lip berkata, kualiti susu itu terjejas disebabkan pencemaran bakteria, dengan kesan sampingan meminumnya termasuk ketidakselesaan perut sementara, walaupun tiada kesan sampingan untuk tempoh jangka panjang.

“Kesihatan dan keselamatan pelanggan adalah keutamaan kami, dan kami telah mengambil langkah-langkah proaktif dan berjaya menarik balik semua produk kami daripada gedung runcit.

“Pemeriksaan Kawalan Kualiti tambahan dan lebih ketat sedang dilaksanakan sekarang ke atas produk bagi memastikan ia mematuhi standard antarabangsa paling tinggi,” katanya.
Pengeluaran disambung semula di kilang Malaysia Milk dan syarikat itu telahpun menghantar kumpulan baharu Susu Marigold HL ke gedung-gedung runcit.

(Sumber:Ismaweb)
loading...

0 Response to "Marigold HL Ditarik Serta Merta kerana ada PENCEMARAN BAKTERIA"

Post a Comment