Pakaian Harian tak disedari ada tanda SALIB??

Kongsikan di
Haramnya seseorang itu membeli, membuat, mengukir mahupun membeli salib atas sifatnya sebagai salah satu syiar agama kristian. 
Ini ditegaskan oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h.

“tidak harus membuat salib samada dengan upah ataupun tanpa upah, begitu juga menjualnya atas sifatnya sebagai salib (syiar agama kristian) sebagaimana tidak harusnya membuat berhala dan menjualnya. Nabi SAW telah melarang perbuatan ini dalam hadith saheh:


Sesungguhnya Allah mengharamkan penjualan arak, bangkai, babi dan berhala” (Majmu’ Fatawa 141/22)

Namun jika sesuatu objek itu berbentuk seperti salib ataupun lambang yang digunakan itu seumpama lambing salib, ada perincian mengenai hukum menggunakannya seperti berikut:

1. Apabila objek ataupun lambang berkenaan digunakan atas maksud ianya adalah salib yang merupakan syiar kristian maka jelaslahlah haram orang Islam menggunakannya kerana ilah (sebab) pengharamannya adalah kita dilarang menyerupai dan mengagungkan syiar agama lain.

2. Namun jika ia terzahir bukan atas maksud mengagungkan salib seperti tanda campur (+) dan symbol-simbol yang telah dikenali umum dan terpakai secara meluas maka ia harus digunakan. Walaupun begitu jika kita mampu untuk menghilangkan symbol-simbol itu jika bentuknya sangat jelas , maka kita hendaklah menghilangkannya.


(Sumber: Ustaznaim)
loading...

0 Response to "Pakaian Harian tak disedari ada tanda SALIB??"

Post a Comment