Tentera Arab Saudi pintas peluru berpandu balistik disasarkan ke arah Mekah

Kongsikan di

RIYADH: Kumpulan pemberontak Syiah Houthi di Yaman melancarkan peluru berpandu balistik ke arah Mekah pada Khamis malam, menurut laporan Reuters yang memetik kenyataan dikeluarkan tentera bersekutu Arab Saudi.

Tentera bersekutu dilaporkan berjaya memintas peluru berpandu itu pada kedudukan 65km dari kota suci itu sebelum ia mengakibatkan sebarang kerosakan, serta bertindak balas terhadap tapak pelancarannya di Yaman, menurut kenyataan itu yang disiarkan agensi berita SPA.

Pihak Houthi mengesahkan pelancaran sebuah peluru berpandu balistik Burkan-1 ke arah Arab Saudi dalam satu kenyataan kepada agensi berita rasmi mereka, tetapi berkata ia disasarkan kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah.

Menteri Luar Sheikh Abdullah Zayed daripada United Arab Emirates menuding jari kepada Iran, yang menyokong Houthis. - REUTERS / Fail
Majlis Kerjasama Teluk yang dianggotai enam negara mengecam serangan peluru berpandu.

Menteri Luar Sheikh Abdullah Zayed daripada United Arab Emirates menuding jari kepada Iran, yang menyokong Houthis.
"Rejim Iran menyokong satu kumpulan pengganas yang melancarkan roketnya ke arah Mekah, adakah ini sebuah rejim Islam seperti yang didakwa?" dia menulis dalam tweet-nya.

Sumber: Awani
loading...

0 Response to "Tentera Arab Saudi pintas peluru berpandu balistik disasarkan ke arah Mekah"

Post a Comment