10 APLIKASI BUAT PENGGUNA MALAYSIA!! JOM BACA QURAN

Pada zaman serba canggih ini, aplikasi muat turun Al-Quran menjadi trend semasa.
Usah pandang serong anak muda yang terlalu khusyuk bermain telefon ke mana sahaja.
Siapa tahu, mereka sedang membaca Al-Quran dalam diam.
Aplikasi Al-Quran di dalam telefon mudah alih telah mencipta ruang untuk semua golongan mendekati Al-Quran tanpa segan.
Mereka boleh membaca Al-Quran tanpa mengira masa dan lokasi di mana mereka berada.
Kali ini, kami senaraikan 10 aplikasi Al-Quran kegemaran rakyat Malaysia.

1. Quran Melayu


Aplikasi ini lengkap dengan terjemahan Bahasa Melayu.
Ia memudahkan rakyat Malaysia memahami dan mendalami erti ayat-ayat Al-Quran dengan mudah.
Terdapat juga fungsi pemberitahuan waktu solat lokasi tempatan anda.

2. Al-Quran Al-Hadi


Menarik tentang Al-Quran Al-Hadi ialah terdapat kajian ayat secara terperinci di dalam aplikasi ini.
Ia bukan sekadar untuk membaca tetapi juga mengetahui maksud sebenar di sebalik setiap ayat suci yang diturunkan.
Kajian ini disertakan bersama dalil-dalil sokongan sebagai sumber penyelidikan dibuat.

3. Quran Terjemah


Quran terjemah ini mengandungi terjemahan serta bacaan Al-Quran di dalam 3 bahasa utama, iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Indonesia dan Bahasa Melayu.
Apa yang menarik ialah, anda boleh berkongsi ayat terus dari aplikasi ke laman media sosial yang lain serta terdapat beberapa bacaan qari yang berbeza di dalam satu aplikasi.

4. MuslimPro


Ini antara aplikasi popular yang digunakan oleh umat Islam hari ini.
Ia telah dimuat turun lebih daripada 30 juta pengguna dari seluruh pelusuk dunia.
Selain Al-Quran, terjemahan dan bacaan Qari terpilih, ia juga mengandungi fungsi pencarian kiblat, waktu solat yang tepat, kalender Islam, 99 nama Allah, lokasi masjid dan tempat makan yang halal berdekatan anda.
Ia juga datang dengan terjemahan beberapa negara yang berbeza seperti Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia, Jerman, Inggeris, Sepanyol, Perancis, Itali, Belanda, Portugis dan banyak lagi.

5. Ayat Al-Quran
Aplikasi Ayat Al-Quran ini dibangunkan oleh Universiti King Saud, Arab Saudi dengan kerjasama King Fahd Complex (kilang pencetak al Quran percuma di Saudi).
Aplikasi ini lengkap dengan terjemahan dalam 20 bahasa termasuk bahasa Melayu dan bacaan dari 80 imam termasuk imam-imam Masjidil Haram.

6. iQuran


Aplikasi iQuran ini terdapat dalam dua versi, percuma dan berbayar.
Selain terjemahan, ia lengkap dengan bacaan tajweed yang telah diasingkan mengikut warna yang berbeza bagi memudahkan pembaca membaca dengan baik.

7. Bayan Quran



Aplikasi Bayan Quran yang terkini telah diperkemaskan untuk pengguna mengetahui maksud kepada mana-mana ayat atau perkataan yang anda mahu hanya dengan satu klik sahaja.
Terdapat 17 qari untuk anda pilih dan dengar bacaannya secara berulang-ulang.
Dekorasi latar Bayan Quran juga antara yang tercantik ada di kalangan aplikasi yang lain kerana ia ditempah khas daripada beberapa artis Al-Quran terkemuka di dunia.

8. Mushaf Tajweed
Mushaf Tajweed juga merupakan aplikasi yang menekankan kepentingan tajweed setiap kali membaca ayat suci Al-Quran.
Ia telah diwarnakan mengikut kategori masing-masing.

9. Holy Quran

Apa yan menarik tentang aplikasi Holy Quran ini adalah anda boleh memainkan ayat demi ayat dan menghayati bacaannya dengan sempurna.
Ia sesuai untuk mereka yang baru mahu mengenali Al-Quran.

10. Quran Majeed


Ini juga merupakan salah satu aplikasi kegemaran Muslim seluruh dunia.
Terdapat bacaan daripada imam-imam terkenal Masjidil Haram, 45 terjemahan bahasa seluruh dunia, kompas Qiblat, masa solat dan notifikasi penting bulan Ramadhan.
SUMBER: CELIK ALQURAN



loading...

1 Response to "10 APLIKASI BUAT PENGGUNA MALAYSIA!! JOM BACA QURAN"