DENGAN TEKNIK 'SIMPLE BUDGETING' INI, ANDA TIDAK PERLU REKOD PERBELANJAAN HARIAN ANDA.

Kongsikan di


Adakah anda pernah mengalami masalah kehilangan duit tanpa sedar? Walaupun tanpa hutang yang banyak, tetapi masih gagal membuat simpanan. Masalah seperti ini sering berlaku apabila individu tersebut gagal mengesan ke mana duit yang telah dibelanjakan.

Kebanyakan penasihat kewangan akan menyarankan anda supaya merekod setiap transaksi atau perbelanjaan yang anda buat setiap hari. Rekod tersebut juga akan membantu anda membuat analisis perbelanjaan anda setiap bulan.

Hasilnya, anda boleh melihat sama ada perbelanjaan tersebut adalah kehendak atau keperluan. Namun, merekod perbelanjaan setiap hari bukanlah sesuatu yang mudah terutama bagi mereka yang tidak mempunyai masa untuk merekod perbelanjaan harian.



Jika anda salah seorang yang mempunyai masalah merekod perbelanjaan anda setiap hari, anda boleh cuba teknik simple budgeting yang lebih mudah dan efektif untuk menguruskan kewangan anda dengan baik.

Apa itu simple budgeting?
Simple budgeting atau bajet mudah merupakan satu teknik untuk mengawal perbelanjaan anda supaya tidak berlaku kebocoran aliran wang. Anda perlu letak satu jumlah perbelanjaan untuk digunakan bagi satu tempoh sama ada mengikut minggu atau bulan.

Bagaimana simple budgeting berfungsi?

#Langkah 1:
Senaraikan jenis perbelanjaan yang anda perlukan mengikut tempoh masa tertentu sama ada mengikut mingguan atau bulanan.

Contoh mingguan:

Makan dan minum : RM20 sehari (seminggu RM140)
Minyak, tol, dan lain-lain : RM20 sehari (seminggu RM140)

Mengikut contoh diatas, anda memerlukan perbelanjaan sebanyak RM280 seminggu untuk perbelanjaan harian anda. Anda juga boleh senaraikan pelbagai jenis perbelanjaan harian anda yang diperlukan iaitu keperluan bukan kehendak.

#Langkah 2:
Jika perbelanjaan seminggu adalah sebanyak RM300, keluarkan RM300 dari bank akaun anda pada setiap hari Isnin (atau anda boleh pilih hari lain) dan belanjakan wang tersebut sehinggan hari Ahad iaitu bagi tempoh seminggu.

Pada hari Isnin seterusnya, keluarkan lagi RM300 bagi perbelanjaan untuk minggu seterusnya. Bagaimana jika RM300 tersebut tidak cukup disebabkan oleh perbelanjaan makan dan minum yang terlebih? Jangan sesekali keluarkan duit anda dari akaun bank selain pada hari Isnin.

#Langkah 3:
Buat satu analisis mingguan iaitu melihat sama ada jumlah RM300 sesuai dengan gaya hidup anda. Jika terdapat lebihan dari jumlah tersebut, ini bermakna anda boleh kurangkan jumlah tersebut pada minggu seterusnya. Manakala jika jumlah tersebut tidak mencukupi, cuba lihat semula perbelanjaan yang menyebabkan jumlah tersebut tidak mencukupi.

Teknik ini memudahkan anda mengawal kos perbelanjaan secara keseluruhan tanpa perlu merekod setiap transaksi dan perbelanjaan harian anda.

#Langkah 4
Buat satu analisis bulanan iaitu dengan melihat kesan teknik tersebut terhadap keseluruhan gaji dan pendapatan anda. Adakah dengan menggunakan teknik ini menyebabkan simpanan anda meningkat atau semakin berkurang.

Selain itu, lihat semula beberapa faktor yang menyebabkan perbelanjaan anda melebihi bajet yang telah anda buat pada peringkat awal. Anda boleh ubah jumlah bajet tersebut kepada yang lebih sesuai pada bulan berikutnya.

RELATED: 5 Tabung simpanan yang anda wajib ada



Tip penting teknik simple budgeting

  • Jika anda mahu berbelanja untuk tujuan hiburan seperti menonton wayang, membeli belah dan sebagainya, anda perlu kurangkan perbelanjaan harian anda setiap hari sehingga jumlah tersebut cukup untuk gunakan sebagai perbelanjaan hiburan.
  • Teknik ini mengajar anda untuk melihat kesan setiap perbelanjaan anda. Jika anda berbelanja lebih dari sepatutnya pada hari ini, anda terpaksa berjimat pada hari seterusnya.
  • Teknik ini juga menyebabkan anda mempunyai bajet yang cukup untuk simpanan, pelaburan dan juga perlindungan.
  • Teknik ini 'memaksa' anda untuk berjimat dalam setiap perbelanjaan harian anda.
Teknik simple budgeting ini tidak mengambil kira hutang bulanan anda seperti pinjaman kereta, rumah dan juga perbelanjaan lain seperti bil air, elektrik dan lain-lain lagi. Oleh itu, teknik ini hanya untuk mengawal perbelanjaan harian anda sahaja.

Sumber: duitkertas.com
loading...

0 Response to " DENGAN TEKNIK 'SIMPLE BUDGETING' INI, ANDA TIDAK PERLU REKOD PERBELANJAAN HARIAN ANDA."

Post a Comment