Ibu Menyusu, Hati-Hati Makan Jamu. 4 Kesannya Dalam Susu Ibu!

Kongsikan di

Walaupun herba atau jamu diperbuat daripada bahan semulajadi, tetapi ia tidak semestinya selamat terutama bagi ibu yang menyusukan bayi dengan susu ibu. Banyak herba mengandungi bahan-bahan yang mempunyai kesan serupa dengan ubat-ubat tertentu melalui susu ibu. Ia berpotensi membahayakan ibu dan bayi yang disusukan.
Ibu menyusu terutama yang masih dalam tempoh berpantang perlu tahu kesan pengambilan jamu kepada bayi yang disusukan. Ia penting dijadikan panduan supaya tiada kesan buruk yang boleh terkena kepada bayi yang masih kecil.
1. Impak kepada fungsi tubuh
Bahan-bahan yang ada dalam kandungan jamu mungkin boleh memberikan kesan kepada fungsi tubuh badan si comel. Contohnya, asid nikotin dan sebatian coumarin yang ditemui dalam halba (fenugreek) boleh memberi kesan kuat kepada degup jantung, tekanan darah, gula dalam darah dan fungsi tubuh yang lain.
2. Kesan sama kepada bayi
Jika ibu mengambil halba secara teratur dalam jumlah yang besar, bayi juga boleh mengalami gejala sama. Ini kerana pengaruh dan kosentrasi bahan yang berbeza ditemui dalam teh, cecair, pil, dan suplemen makanan dapat berubah-ubah.
3. Risiko jaundis
Mengambil jamu dalam tempoh 14 hari selepas bersalin sebenarnya meningkatkan risiko bayi mendapat jaundis. Apatah lagi jika anda memiliki darah jenis O.
4. Pengulangan masalah juandis
Jika ibu pernah berhadapan dengan masalah anak jaundis sebelum ini, kemungkinan untuk anak seterusnya menghadapi masalah yang sama adalah besar.
Oleh itu ibu yang menyusukan anak harus berhati-hati dan selektif dalam penggunaan ubat herba atau  jamu. Ibu menyusu boleh mengamalkan pengambilan teh herba yang tidak mengandungi farmakologis yang kuat.
Teh kulit kayu manis berperisa oren, teh serai, teh rasberi dan moringa adalah pilihan yang baik. Pilihan teh lain yang baik adalah teh yang diperbuat daripada rosehips yang mengandungi banyak vitamin C.
Sumber: majalahpama.my
loading...

0 Response to "Ibu Menyusu, Hati-Hati Makan Jamu. 4 Kesannya Dalam Susu Ibu!"

Post a Comment