Jangan Beri Anak Dos Ubat Berlebihan. 5 Perkara Wajib Buat

Kongsikan di

Soalan:
Saya mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun. Dia kerap demam, sesak nafas, selesema dan batuk. Setiap kali ibu mentua memberinya ubat, pasti dia akan memberinya dalam dos yang berlebihan. Katanya bagi lebih biar cepat baik. Adakah ia akan memberi kesan sampingan kepada anak saya?

Jawapan:
Ubat-ubatan yang diberikan kepada kanak-kanak selalunya berpandukan kepada berat badan mereka. Ini adalah untuk mengelakkan kesan sampingan ubat-ubatan tersebut. Ubat yang diberikan dalam dos berlebihan tidak akan mempercepatkan proses pemulihan mereka. Sebaliknya mereka boleh mendapat kesan sampingan ubat-ubat tersebut. Terutamanya ubat demam kerana dos berlebihan boleh memberi kesan kepada hati (liver) kanak-kanak tersebut.
5 perkara penting anda perlu beringat tentang ubat si anak
1.    Anda perlu selalu memastikan bahawa anda memberikan dos yang betul pada anak ketika memberinya ubat.
2.    Ubat yang tidak disimpan dengan betul mungkin tidak akan berkesan dan bayi anda akan tidak sihat untuk jangka masa yang lebih lama.
3.    Sebelum memberi sebarang ubat kepada bayi, anda hendaklah baca arahannya dengan teliti. Periksa tarikh luput ubat tersebut pada botol atau paketnya. Jika tarikhnya sudah luput, buang ubat itu, walaupun botolnya masih penuh.
4.    Biasanya terdapat nota pada pakej ubat yang menyatakan bagaimana ia seharusnya disimpan. Sesetengah ubat perlu disimpan dalam peti sejuk. Sesetengah yang lain pula perlu disimpan di tempat yang sejuk dan kering, jauh daripada sinaran matahari.
5.    Sentiasa simpan ubat-ubatan jauh daripada capaian kanak-kanak. Tempat yang ideal ialah almari tinggi atau kotak yang berkunci. Tutup semula penutup ubat sebaik sahaja anda selesai menggunakannya.
Sumber: majalahpama.my
loading...

0 Response to "Jangan Beri Anak Dos Ubat Berlebihan. 5 Perkara Wajib Buat"

Post a Comment