8 Perkara Yang Membezakan Solat Lelaki Dan Perempuan

Kongsikan di
Dalam mengerjakan ibadah solat, terdapat beberapa perbezaan di antara perempuan dengan lelaki. Berikut adalah 8 perkara yang membezakan mereka.

#1- Aurat

Aurat lelaki adalah di antara pusat dan lutut. Namun, bagi perempuan, solat mereka meliputi seluruh tubuh kecuali muka dan dua pergelangan tangan.

#2- Berdiri

Tiada perbezaan di antara lelaki dan perempuan dalam cara berdiri mereka semasa solat. Namun, ada perbezaan jarak kaki. Bagi lelaki, kaki dijarakkan pada kadar empat jari atau sejengkal, manakala bagi wanita pula, kaki dirapatkan sedikit. Semua jari kaki lelaki dan perempuan mestilah menghadap ke arah kiblat.

#3- Takbir

Semasa mengangkat tangan untuk takbir, tangan lelaki direnggangkan dari lambung ketiaknya dan dibuka luas. Ia diangkat sama ada paras bahu, cuping telinga atau ibu jari separas bawah cuping telinga. Tetapi bagi perempuan, tangan mereka hendaklah dirapatkan ke dada. Berbanding lelaki, ketiak mereka tidak dibuka. Kedudukan hujung jari hantu pula berada di bawah cuping telinga.

#4. Dakapan Tangan

Dakapan tangan lelaki dan perempuan adalah sama iaitu antara dada dan pusat. Pergelangan tangan kiri yang terletak di bawah dada dan di atas pusat sebelah kiri hendaklah digenggam. Perbezaan antara wanita dengan lelaki di sini adalah wanita perlu merapatkan lengan ke badan.

#5- Bacaan

Semasa solat Maghrib, Isyak dan Subuh, kita akan mendengar imam lelaki menyaringkan bacaannya. Ini kerana lelaki dibenarkan untuk menyaringkan bacaan mereka pada waktu solat tersebut. Ini berbeza bagi perempuan kerana perempuan tidak perlu menyaringkan bacaan mereka.

6. Rukuk

Keadaan rukuk adalah membongkok 90 darjah dengan kedudukan mata melihat tempat sujud. Bagi lelaki, tangan diluruskan sementara tangan perempuan pula dibengkokkan sedikit dengan siku dirapatkan ke perut.

#7- Sujud

Bagi lelaki, mereka tidak perlu merapatkan peha dengan perut mereka. Lengan direnggangkan daripada tubuh. Sebaliknya bagi perempuan, siku perlu dirapatkan ke perut.

#8- Lupa Rukun

Jika imam terlupa melakukan suatu rukun dalam solat, lelaki mengingatkan imam dengan menyebut “Subhanallah”. Bagi kaum wanita pula, cukup sekadar menepuk tangan kiri yang mana tidak boleh lebih daripada tiga pergerakan.
Tazkirah.net
loading...

0 Response to "8 Perkara Yang Membezakan Solat Lelaki Dan Perempuan"

Post a Comment