Sifat Wajib, Mustahil Dan Jaiz Bagi Para Nabi Dan Rasul

Kongsikan di

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Sifat Wajib, Mustahil Dan Jaiz Bagi Para Nabi Dan Rasul.
Beriman kepada nabi dan rasul adalah meyakini bahawa para nabi dan rasul itu benar-benar diutus oleh Allah سبحانه وتعالى untuk membimbing manusia ke arah jalan hidup yang baik dan diredhaiNya. Setiap nabi atau rasul mempunyai sifat wajib, mustahil dan jaiz. Berikut adalah ringkasan daripada 3 sifat tersebut bagi para nabi dan rasul:
.

A.  Sifat Wajib Bagi Para Nabi Dan Rasul

.
Sifat wajib bagi rasul bermaksud sifat yang seharusnya dimiliki oleh para nabi dan rasul. Berikut 4 sifat wajib bagi nabi dan rasul:
  1. Siddiq – maksudnya benar dalam segala ucapan dan tingkah-lakunya. Sifat Rasul ini bermakna menterjemahkan bahawa Rasul tidak pernah berbohong.
  2. Amanah – maksudnya boleh dipercayai. Rasul adalah utusan Allah yang diberikan amanah untuk memimpin umatnya ke jalan yang benar.
  3. Tabligh – maksudnya menyampaikan. Pada diri seorang Rasul mempunyai sifat ini, iaitu menyampaikan semua yang di wahyukan Allah سبحانه وتعالى
  4. Fatanah – maksudnya adalah pintar, cerdik. Seseorang Rasul itu mempunyai kecerdasan yang boleh digunakan untuk menyebarkan agama Allah.
.
.

B.  Sifat Mustahil Bagi Para Nabi Dan Rasul

.
Manakala sifat mustahil bermaksud, para nabi dan rasul mustahil mempunyai sifat tersebut atau tidak mempunyai sifat tersebut.
Berikut adalah sifat yang mustahil bagi nabi dan rasul:
  1. Khizib – maksudnya dusta. Seorang Rasul tidak pernah berdusta atau berbohong.
  2. Khianat – maksudnya curang atau tidak boleh diercayai.
  3. Kitman – maksudnya Tdak menyampaikan atau selalu menyembunyikan.
  4. Biladah – maksudnya bodoh dan dungu.
.
.
C.  Sifat Jaiz Bagi Para Nabi Dan Rasul
.
Para Nabi dan Rasul juga mempunyai sifat jaiz, bermakna para Nabi dan Rasul mempunyai sifat sepertimana halnya manusia lain (A’radhul Basyariyah) seperti makan, minum, tidur, berkeluarga dan sebagainya.
.
.
 D.  Hikmah Diadakan Para Nabi Dan Rasul
 .
Para Nabi dan Rasul diutus kepada umat manusia supaya mereka lebih mengenali Allah سبحانه وتعالى sebagai Tuhan yang menciptakan alam ini. Dengan adanya Rasul dan Nabi, manusia juga akan mengenali dan mengetahui siapa Tuhan yang sebenarnya serta memahami segala kewajipan yang perlu ditunai dan dilaksanakan sebagai seorang makhluk yang diciptakan Allah سبحانه وتعالى.
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

.
loading...

0 Response to "Sifat Wajib, Mustahil Dan Jaiz Bagi Para Nabi Dan Rasul"

Post a Comment